BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Kehidupan Seorang Mahasiswa

selepas tamatnya zaman sebagai seorang pelajar sekolah, hadirlah pula zaman kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti. sekolah yang dahulunya dianggap menyusahkan akan menjadi kenangan manis yang sebenarnya akan membentuk kehidupan dan peribadi kita di universiti. berdasarkan pengalaman saya sebagai 'anak angkat' di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor selama sebulan dan 6 hari, banyak perkara yang telah saya perhatikan dari semasa ke semasa.di sini ada beberapa perkara yang saya anggap agak penting untuk dikongsi bersama...

  • latih diri untuk bangun awal di pagi hari untuk solat subuh
  • tetapkan perbelanjaan bulanan, harian dan mingguan( kalau tak mahu makan nasi lauk telur / megi tiap-tiap hari )
  • kawal diri daripada asyik dengan 'computer games' pada masa lapang
  • pilih sahabat dengan baik( cari kawan yang dapat mengajak kita solat di surau, belajar )
  • baik dengan senior( dapat pinjam motosikal )
  • riadah pada waktu petang
  • belajar bersosial dengan baik
beginilah rutin harian saya sebagai pelajar 'forecast' di utm..
  • 6.30am : bangun pagi
  • 7.30-5.00pm : kuliah
  • 6.00-7.00pm : riadah
  • 9.00pm : dinner
  • 1.00am : tidur
walaupun rutin ini nampak ringkas, sebenarnya ada banyak cabaran yang menempuh sepanjang hari
  1. di sekolah, kalau terlewat bangun ada kawan2 yang akan kejutkan... di universiti, kalau terlewat bangun tak ada orang nak ambil tahu
  2. di sekolah, kalau tak hadir ke kelas akan ada warden dan cikgu cari... di universiti, tepuk dada tanya selera. lecturer tak bertanggungjawab
  3. di sekolah, kalau tidur semasa cikgu mengajar akan didenda... di universiti, tidurlah selama mana yang kamu nak. silibus tetap berjalan
  4. di sekolah, makanan disediakan di dewan selera dan bayar sebulan sekali... di universiti, pandai2 lah guna duit poket
  5. di sekolah, masa prep dah ditetapkan dan semua akan belajar... di universiti, belajar ikut mood
jadi, janganlah memandang enteng kehidupan yang akan kita tempuhi sebagai seorang mahasiswa tidak lama lagi. persiapkanlah diri dengan pengetahuan agama agar tidak terpesong dari 'as-sirat al-mustaqim' dan dekatkanlah diri dengan yang Maha Pencipta sekurang-kurangnya dengan tilawah al-quran setiap hari. wassalam~

 concentrate...!






0 comments: